CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, July 9, 2009

Majlis Silaturahim DUN Mata Ayer
























1hb Julai yang lalu, YDP Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir telah turun ke Mata Ayer bertemu dengan jentera MTD DUN Mata Ayer.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan YDP dan Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim.

YDP memberikan senario politik semasa di PAS yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai parti pak lebai atau parti orang kampung kini menjadi satu kekuatan yang tidak dapat dinafikan dalam menentukan halatuju negara dan orang Melayu.

YDP turut mengupas tentang buku yang ditulis oleh Dr. Farish Noor yang bertajuk "Islam Embedded in PAS". Buku ini mengisahkan tentang penubuhan dan perjuangan PAS diperingkat awal, lengkap dengan pelbagai koleksi gambar-gambar dan penerbitan di awal penubuhan PAS.

YDP menyarankan agar ahli dapat mencari buku ini dan membacanya untuk memahami matlamat dan asas penubuhan parti.

YDP seterusnya menggesa agar petugas-petugas di MTD DUN Mata Ayer lebih progressif dan kreatif, memastikan jentera parti bersiap sedia dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Usaha-usaha untuk memperbanyakkan lagi cawangan dan markas perlu dirangka dan dijayakan. Penambahan ahli perlu dilakukan sebanyak-banyaknya manakala pemerkasaan parti di semua peringkat harus berjalan dengan lancar dan teratur.

Program-program untuk orang muda harus diberikan fokus agar dapat menarik orang muda untuk menyertai PAS dan seterusnya memastikan sumber tenaga yang bermakna ini tidak mengalir ke tempat yang tidak membawa faedah.

Peranan muslimat sebagai tulang belakang perjuangan juga harus dilipat gandakan lagi, program perlu diperbanyakkan dan maklumat harus dapat mencecah dasar dan orang kampung.

Pertemuan ini berakhir dengan jamuan ringan - keo teow goreng dan kuih muih lazat yang disediakan oleh petugas MTD DUN Mata Ayer, terima kasih daun keladi.