CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, January 19, 2010

Lagi sertai PAS di DUN Beseri, Padang Besar

pertemuan dengan pemimpin masyarakat siam


bersama menegakkan Islam melalui PAS


Jangan pandang belakang lagi, terus mara kehadapan!



15hb Januari 2010, Kampung Bukit Merah, DUN Beseri, Parlimen Padang Besar. Sungguhpun siang harinya berlaku gerhana matahari namun di waktu malamnya purnama mengambang penuh.

Satu Majlis Penyerahan Sijil Keahlian PAS telah diadakan bagi meraikan 13 orang bekas ahli UMNO dari cawangan-cawangan berhampiran telah diterima masuk menjadi ahli PAS . Mereka telah memilih untuk berjuang melalui PAS setelah merasa yakin bahawa parti ini benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat tanpa memilih kaum atau kerabat tertentu sahaja.

Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir.

Terdahulu, Setiausaha Cawangan PAS Batu Hampar, Sdr. Halim selaku pengerusi Majlis tersebut telah menyatakan bahawa PAS sebagai organisasi siasah adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Kewujudan PAS adalah untuk memastikan negara yang bertuah ini dipimpin dan diurus secara adil dan saksama selaras dengan kehendak Islam.

Manakala dalam ucapan aluan meraikan ahli-ahli baru ini, Haji Mohd Anuar Tahir menyatakan keputusan yang dibuat ini adalah tepat dan kena pada masanya. Beliau juga menyeru agar diperbanyakkan pertemuan hati ke hati bagi menerangkan misi perjuangan parti kepada orang ramai.

Menurut Anuar Tahir lagi, Najib tidaklah boleh mendabik dada mendakwa Satu Malaysia adalah ide baru untuk Malaysia kerana PAS telah lebih dahulu menggunakannya. PAS adalah singkatan kepada perkataan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA dan ini jelas menunjukkan PAS telah lebih dahulu memperkenalkan konsep Se-Malaysia ini sejak dulu lagi.

Tambah beliau lagi, segala elemen kehancuran seperti yang ada pada tamadun dan kerajaan yang telah jatuh semuannya lengkap ada pada UMNO hari ini - rasuah, dendam kesumat, tamak haloba, skandal, penyalahgunaan kuasa, rakus dan sebagainya.

UMNO dan rasuah boleh diibaratkan sebagai penagih tegar. Tanpa rasuah satu kerja pun tak akan jadi dan semua peringkat terlibat. Rasuah sudah membarah didalam UMNO. Ianya sudah menjadi satu budaya dan darah daging. Kerana itu UMNO tidak tahu jalan lain untuk memenangi hati rakyat selain dari menabur wang dan rasuah.

Majlis Penyampaian Sijil Keahlian ini adalah sebahagian dari siri gerak gempur Parlimen Padang Besar, disebelah siangnya telah berlangsung satu majlis ziarah ke rumah penduduk yang sakit terlantar penduduk keturunan Siam dan warga tua di DUN Santan.



Saturday, January 16, 2010

Lawatan Mesra YDP Padang Besar ke DUN Santan

Menjamu selera bersama penduduk setempat di Jawi


Menziarahi warga tua yang uzur


Bertanya khabar disamping membawa sedikit ole-ole


Melihat buku lali seorang sahabat yang ditimpa kemalangan

Bertanya khabar seorang nenek yang tinggal bersama cucunya

Panas gerhana matahari tidak menghalang petugas dari mendekati masyarakat

Mendengar kisah dan keluhan masyarakat dibawah...

Terharu makcik ini diatas kunjungan yang tidak disangka, apatah bukan musim pilihanraya pula


pasangan suami isteri di awal usia 70an, sang suami membela sang isteri dengan penuh kasih sayang di bantu oleh anak-anak yang prihatin...


Seusai menunai solat gerhana, petugas dan YDP bertukar info

Selepas solat Asar berjemaah, berpisah sementara sehingga gerakerja turun padang yang seterusnya...



semoga ALlah memberkati usaha ini dan semoga setiap tuan rumah yang kami kunjungi dirahmati dan diampuni ALlah hendaknya.

Wednesday, September 9, 2009

Iftar anjuran DUN Chuping


















































Majlis Iftar berlangsung dalam suasana ceria walaupun hujan renyai-renyai turun. Hidangan istimewa ulam-ulaman kampung dan tempoyak menjadikan juadah hidangan cukup berselera.

Ramai ahli yang hadir, termasuk keluarga dan anak-anak menjadikan tempat duduk tidak cukup dan terpaksa makan di beranda surau, namun ianya cukup meriah dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan jawatankuasanya.

Monday, September 7, 2009

Iftar di Titi Tinggi






























Majlis Iftar ini bertujuan merapatkan lagi silaturahim diantara pimpinan Kawasan dan cawangan. Semoga kerjasama mantap yang terjalin dapat memperkukuhkan lagi gerakerja PAS di Titi Tinggi.

Thursday, July 9, 2009

Majlis Silaturahim DUN Mata Ayer
























1hb Julai yang lalu, YDP Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir telah turun ke Mata Ayer bertemu dengan jentera MTD DUN Mata Ayer.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan YDP dan Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim.

YDP memberikan senario politik semasa di PAS yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai parti pak lebai atau parti orang kampung kini menjadi satu kekuatan yang tidak dapat dinafikan dalam menentukan halatuju negara dan orang Melayu.

YDP turut mengupas tentang buku yang ditulis oleh Dr. Farish Noor yang bertajuk "Islam Embedded in PAS". Buku ini mengisahkan tentang penubuhan dan perjuangan PAS diperingkat awal, lengkap dengan pelbagai koleksi gambar-gambar dan penerbitan di awal penubuhan PAS.

YDP menyarankan agar ahli dapat mencari buku ini dan membacanya untuk memahami matlamat dan asas penubuhan parti.

YDP seterusnya menggesa agar petugas-petugas di MTD DUN Mata Ayer lebih progressif dan kreatif, memastikan jentera parti bersiap sedia dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Usaha-usaha untuk memperbanyakkan lagi cawangan dan markas perlu dirangka dan dijayakan. Penambahan ahli perlu dilakukan sebanyak-banyaknya manakala pemerkasaan parti di semua peringkat harus berjalan dengan lancar dan teratur.

Program-program untuk orang muda harus diberikan fokus agar dapat menarik orang muda untuk menyertai PAS dan seterusnya memastikan sumber tenaga yang bermakna ini tidak mengalir ke tempat yang tidak membawa faedah.

Peranan muslimat sebagai tulang belakang perjuangan juga harus dilipat gandakan lagi, program perlu diperbanyakkan dan maklumat harus dapat mencecah dasar dan orang kampung.

Pertemuan ini berakhir dengan jamuan ringan - keo teow goreng dan kuih muih lazat yang disediakan oleh petugas MTD DUN Mata Ayer, terima kasih daun keladi.

Thursday, June 25, 2009

YDP Padang Besar di DUN Santan








Sesi Hati ke Hati DUN Santan

YDP Padang Besar yang baru dipilih, yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Anuar Tahir telah berpeluang untuk bertemu dan mengenal dengan lebih dekat lagi pimpinan dan jentera PAS di DUN Santan.

Turut serta ialah Timbalan YDP, Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim, Setiausaha Kawasan, Ketua Penerangan, Ketua Wanita dan exco PAS Padang Besar.

Dalam program ringkas tapi padat dengan semangat perjuangan ini, Haji Anuar Tahir telah melancarkan blog PAS Kawasan Padang Besar. – paspadangbesar.blogspot.com

Haji Anuar Tahir dalam ucapannya menyentuh kepada pemerkasaan parti disemua peringkat, mengatur jentera bermula dari sekarang bagi memastikan Negeri Perlis menjadi negeri yang seterusnya bakal diambil alih dan diterajui Pakatan Rakyat.
Beliau turut menasihatkan pimpinan dan ahli yang hadir agar bersungguh-sungguh bekerja dan menjaga imej parti di mata rakyat. Beliau turut menyifatkan kemelut yang melanda PAS baru-baru ini amat bertepatan dengan peribahasa Melayu “Biduk lalu kiambang bertaut semula”.
ALlahu Akbar!

Sunday, June 21, 2009

Kesempatan Bertemu Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat