CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �
Showing posts with label PAS Padang Besar. Show all posts
Showing posts with label PAS Padang Besar. Show all posts

Wednesday, September 9, 2009

Iftar anjuran DUN Chuping


















































Majlis Iftar berlangsung dalam suasana ceria walaupun hujan renyai-renyai turun. Hidangan istimewa ulam-ulaman kampung dan tempoyak menjadikan juadah hidangan cukup berselera.

Ramai ahli yang hadir, termasuk keluarga dan anak-anak menjadikan tempat duduk tidak cukup dan terpaksa makan di beranda surau, namun ianya cukup meriah dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan jawatankuasanya.

Thursday, July 9, 2009

Majlis Silaturahim DUN Mata Ayer
























1hb Julai yang lalu, YDP Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir telah turun ke Mata Ayer bertemu dengan jentera MTD DUN Mata Ayer.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan YDP dan Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim.

YDP memberikan senario politik semasa di PAS yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai parti pak lebai atau parti orang kampung kini menjadi satu kekuatan yang tidak dapat dinafikan dalam menentukan halatuju negara dan orang Melayu.

YDP turut mengupas tentang buku yang ditulis oleh Dr. Farish Noor yang bertajuk "Islam Embedded in PAS". Buku ini mengisahkan tentang penubuhan dan perjuangan PAS diperingkat awal, lengkap dengan pelbagai koleksi gambar-gambar dan penerbitan di awal penubuhan PAS.

YDP menyarankan agar ahli dapat mencari buku ini dan membacanya untuk memahami matlamat dan asas penubuhan parti.

YDP seterusnya menggesa agar petugas-petugas di MTD DUN Mata Ayer lebih progressif dan kreatif, memastikan jentera parti bersiap sedia dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Usaha-usaha untuk memperbanyakkan lagi cawangan dan markas perlu dirangka dan dijayakan. Penambahan ahli perlu dilakukan sebanyak-banyaknya manakala pemerkasaan parti di semua peringkat harus berjalan dengan lancar dan teratur.

Program-program untuk orang muda harus diberikan fokus agar dapat menarik orang muda untuk menyertai PAS dan seterusnya memastikan sumber tenaga yang bermakna ini tidak mengalir ke tempat yang tidak membawa faedah.

Peranan muslimat sebagai tulang belakang perjuangan juga harus dilipat gandakan lagi, program perlu diperbanyakkan dan maklumat harus dapat mencecah dasar dan orang kampung.

Pertemuan ini berakhir dengan jamuan ringan - keo teow goreng dan kuih muih lazat yang disediakan oleh petugas MTD DUN Mata Ayer, terima kasih daun keladi.

Wednesday, June 10, 2009

Taswir Muktamar ke 55 - Siri C


YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melangkah keluar dari kawasan pemilihan


Dato' Mustapa Ali dan Dato' Kamaruddin Jaafar sedang memperkatakan sesuatu sambil diperhatikan oleh Mursyidul Am.


Calon Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu ketika keluar dari kawasan pemilihan


Mohd Anuar Tahir selesai menunaikan amanah pemilihan


Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Ustaz Hashim Jasin selesai mengundi


YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd. Razak dan YB Dato' Hj. Ir. Amiruddin Hamzah sedang memperkatakan sesuatu mengenai dokumen dihadapan mereka sambil diperhatikan oleh Mohd Anuar Tahir


YAB Presiden PAS melawat para petugas media yang membuat liputan


YB Dato Hj. Phahrolrazi Mohd Zawawi sedang beratur untuk mengambil giliran memilih pimpinan PAS bagi sesi akan datang


Rancak perbualan diatas pentas utama Muktamar


Jauh renungan Haji Mohd Anuar Tahir....


Haji Jamil, mantan wakil calon bagi Haji Mohd Anuar Tahir (DUN Bintong) dalam pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu

Saturday, May 16, 2009

Walimatul Urus Wakil Rakyat Setui, Thailand



16hb Mei 2009 yang lepas, saya disertai dua teman yang lain telah menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada wakil rakyat Setui, Thailand yang saya telah kenali sejak muda lagi. Rumah beliau terletak berhampiran laut dan dikelilingi oleh jiran tetangga yang kebanyakkannya adalah nelayan.


Majlis perkahwinan mereka tidak banyak berbeza dengan kita di Malaysia. Malah kemeriahan "Kenduri Kahwin" itu dirasakan lebih lagi disini.





Lauk pauk yang dimasak mirip kepada lauk pauk orang Perlis dan kami tidak masalah menghabiskannya.

Dalam kesempatan ini juga, saya berpeluang untuk bertemu ahli Parlimen Bangkok yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.


Entah apa yang sedang dibicarakan oleh Haji Anuar Tahir membuatkan Chegu Azmi khusyuk mendengarnya.