CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, March 12, 2008

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya amat berbesar hati dan terharu diatas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada kami sewaktu menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 12 yang baru lalu di DUN N06 Bintong khususnya.

Sungguhpun keputusan tidak memihak kepada PAS kali ini bagi keseluruhan negeri Perlis, namun ianya berjaya menyampaikan mesej kepada sang penguasa bahawa pilihanraya kali ini merupakan yang paling sengit pernah mereka hadapi dan pilihanraya yang seterusnya pasti akan menjadi lebih hebat dan mereka perlu lebih berkhidmat kepada rakyat untuk terus kekal memerintah.

Tumbangnya empat kerajaan negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor), disertai oleh kerajaan negeri Kelantan ditambah lagi penguasaan luarbiasa di Wilayah Persekutuan menyebabkan kehadiran Barisan Alternatif adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan dan bakal menjadi fenomena dalam jangka waktu yang singkat. Faktor di peringkat nasional ini diharapkan dapat menjadi katalis kepada perubahan minda politik rakyat Perlis daripada terus hidup dihimpit padat oleh budaya umno dan barisan nasional yang semakin tidak relevan dan hanya menunggu waktu untuk diarkibkan sahaja.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Negeri Perlis, seluruh jentera PAS bagi DUN N06 Bintong, jentera Pemuda dan Jentera Muslimat, terutamanya Wakil Calon saya, sdr. Jamil yang begitu komited, istiqamah dan ikhlas dalam setiap tindakannya. Kedua orang penyokong saya yang mengiringi saya ketika hari penamaan calon tempohari. Teman-teman yang hadir memberikan sokongan padu, baik dari segi tenaga, fikiran dan wang ringgit baik yang saya ketahui dan juga yang tidak saya ketahui. Tidak lupa juga doa dan restu dari bonda tercinta disamping sokongan isteri dan anak-anak termasuk adik beradik dan keluarga terdekat.

Marilah kita bermuhasabah dan mengkaji dimana kesilapan kita supaya pada pilihanraya yang akan datang, rakyat Perlis akan bersedia untuk menerima manifesto dan kaedah perjuangan kita, Insya ALlah.

Ke arah Negara Berkebajikan

MOHD ANUAR TAHIR

0 comments: