CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �
Showing posts with label Dato Seri Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Dato Seri Anwar Ibrahim. Show all posts

Sunday, April 5, 2009

Di Bukit Selambau lagi.


4hb April... 10 tahun yang lalu

Sahabat lama dalam perjuangan

Lawan tetap Lawan

Bertemu Kak N, orang kuat Wanita Keadilan

Gobala mengumumkan ketibaan Haji Mohd Anuar Tahir sebagai MT PAS, mana ada MT dalam PAS Gobi!...

Hari ini Haji Mohd Anuar Tahir tidak turun untuk berceramah, tetapi lebih untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Bukit Selambau.

Disebelah malamnya, Haji Mohd Anuar Tahir turut menghadiri ceramah "suspen" Penasihat PKR, YB Dato Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang.

Friday, March 20, 2009

Gempur Bukit Gantang


Melawat Markas Pemuda di Changkat Jering, Bukit Gantang


Bersama Ketua Pemuda PAS, Changkat Jering


Skrin Putih digunakan bagi memudahkan pengunjung yang begitu ramai


Duduk bersila memenuhi perkarangan tapak ceramah


Orang ramai membanjiri tapak ceramah bagi mendapat maklumat sahih yang terkini


Tua dan muda, lelaki dan perempuan, berbilang bangsa dan agama


rakyat sudah jemu dengan permainan murahan UBN

Pada malam tersebut, Haji Anuar Tahir telah berceramah bersama dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Nizar dan lain-lain penceramah yang diundang bagi memberikan penjelasan dan kefahaman kepada rakyat.

Sunday, January 25, 2009

JALAN KE PUTRAJAYA?

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.