CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

Taswir Muktamar ke 55 - Siri B


Wakil NGO dan pejuang-pejuang bahasa yang turut hadir


Jemputan khas dari pertubuhan luar negara turut serta


pimpinan utama bergambar di pentas


sporting - pimpinan utama melambai muktamirin



Menyanyikan lagu rasmi PAS, penuh bersemangat


Kalah menang bukan alasannya...


Wakil dari parti-parti Pakatan Rakyat menambah seri muktamar


Pimpinan kanan Parti Keadilan dan DAP turut serta


Muslimat PAS - bekerja siang dan malam penuh komited


Media-media tempatan dan antarabangsa, hadir, melihat dan mendengar
ucapan yang sama, tapi laporannya berbeza... hmmm



Ruang untuk Media membuat liputan, telus dan pantas


Qari memulakan Muktamar dengan ayat-ayat Al Quran, semoga diberkati


Orang kuat YAB Menteri Besar Kedah sedang bertugas


Pandangan dari ruang pemerhati kedudukan pentas dan perwakilan

Saturday, April 25, 2009

P'raya Penanti: Biro Politik Umno akan putuskan

Abdul Rahim Sabri Apr 24, 09 8:49pm

Majlis Tertinggi (MT) menyerahkan kepada biro politik parti itu untuk memutuskan sama ada akan meletakkan calon BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, di Pulau Pinang.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro tersebut berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.

"(MT) serahkan mandat kepada biro politik untuk buat keputusan (mengenainya)," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat MT selama empat jam di ibunegara hari ini.

Sehubungan itu, katanya, biro tersebut akan membuat keputusan mengenainya.

Ditanya bilakah biro akan bermesyuarat memandangkan pilihanraya kecil itu tidak lama lagi, Najib berkata: "Kita tahu bila mahu buat mesyuarat".

Ditanya mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR, meletak jawatan sebagai ADUN Penanti, Najib berkata:

"Prinsipnya, kita tak boleh gunakan kedudukan kita, sebab apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, kita sanggup untuk beri khidmat untuk rakyat, selama tempoh penggal parlimen berkenaan.

Naib ketuai negeri

"Jadi kita tak boleh, setelah satu tahun merasakan untuk letak jawatan, melainkan atas sebab-sebab yang diperuntukan perlembagaan.

"Walaupun kita boleh meletakkan jawatan, tetapi pada prinsip dan semangat, kita mesti balik kepada akujanji kita kepada pengundi," tambahnya.

Beliau juga ditanya mengenai pelantikan naib-naib presiden Umno menerajui Umno di beberapa negeri, khususnya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Najib berkata, selaku naib presiden, mereka layak dilantik memegang jawatan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu, manakala dua lagi naib presiden - Datuk Ahmad Zahid Hamidi dilantik mengetuai Umno Pulau Pinang dan Datuk Seri Shafie Apdal menerajui Umno Kedah.

"Itu ikut pada pertimbangan saya dan ikut keperluan, maka saya lantik mereka," tambah Najib.

Pinda perlembagaan

Beliau juga berkata, MT hari ini bersetuju untuk meminda perlembagaan parti berhubung kaedah dan proses pemilihan Umno supaya lebih telus, terbuka dan demokratik dalam perhimpunan agung khas hujung tahun ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengendalikan cadangan tersebut dan perubahan lain.

Ia akan dibawa ke pertimbangan MT sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas, tambahnya.

"Majlis Tertinggi juga mengambil kira perubahan-perubahan yang telah diumumkan oleh kerajaan dan saya telah memberi penjelasan mengenai dasar liberalisasi serta pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Majlis Tertinggi faham kenapa keputusan perlu dibuat, ini bukan bererti kita ubah sesuatu dasar dan komitmen kita tetapi adalah satu usaha untuk mengelakkan pertindihan antara tugas-tugas kementerian supaya lebih fokus, tetapi dasar kementerian berkenaan akan kita teruskan," katanya.

Menurut Najib, beliau turut menerangkan bahawa dasar liberalisasi bukan dibuat secara mengejut.

Sebaliknya, jelas beliau, satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

Wednesday, April 1, 2009

Kempen di Bukit Selambau


Pemimpin PAS dan KeADILan bergambar ramai

Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim turut berceramah dalam bahasa Siam

Mohd Anuar Tahir - Kita sedang menuju ke era Imelda Marcos

Jangan tertipu lagi. Jangan biarkan hidup kita menderita. Jangan biarkan mereka yang bersekongkol dengan pemerintah zalim terus-terusan menindas kita.

Monday, February 2, 2009

Check Mate - NAJIB MASUK PERANGKAP



Hasil jejari tok iskandar

Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.

Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak? sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis. Jika congakan ini diambilkira, Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir. Kau kena perangkaplah Najib. Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini, alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini. Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan.

Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.

Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat. Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid. Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu, Tun Mahathir. Selama ini dialah penasihat korang.

UMNO tentu sudah pening sekarang. Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering. Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini. Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis. Dilema ni. Biar BN kalah asalkan aku menang, demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid. Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.

Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut. Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.

Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut, segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah. Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun. UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya. Adegan baling kerusi, pulau memulau, bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO, parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.Katakan tidak kepada UMNO dan BN.

ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing hari ini, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.
“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).
“Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.
“Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.
MASIH ADUN PKR
“Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno,” kata Jamaluddin.
Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lepas, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.
“Surat MC ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan “hilang”, Jamaluddin enggan mengulasnya.

Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa “hilang” dan “tidak dapat dihubungi” sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.
mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.
DISAH SPEAKER

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

“Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

“Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

REAKSI MB PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

“Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan… saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: “Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami.”

SPR TUNGGU NOTIS

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

“(Berdasarkan maklumat media)… maknanya sudah ada kekosongan… SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu,” katanya.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan melahirkan pandangan bahawa masanya sudah tiba bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memperkenalkan undangundang seperti itu agar kestabilan politik dapat diwujudkan berdasarkan keikhlasan dan kejujuran seseorang itu.

Husam yang juga Ahli Exco Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan agar diperkenalkan satu undangundang bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti yang bertujuan menjamin kestabilan politik.

Beberapa pemimpin Umno berpendapat cadangan itu perlu dilihat secara serius dengan mengambil kira senario politik semasa.

Menurut Husam, isu memperkenalkan undang-undang melompat parti demi menyelamatkan diri oleh Umno itu tidak akan berjaya menarik sokongan rakyat yang telah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sehubungan itu, katanya, satu mandat baru perlu diadakan semula bagi mengembalikan integriti dan kewibawaan Umno pada pandangan masyarakat. BERNAMA

Tuesday, January 20, 2009

NAJIB gagal baca amaran awal kekalahan?


Ahmad Lutfi Othman

SEBELUM diisytihar menang pun, penampilan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS, mewakili Pakatan Rakyat, sudah menempa sejarah tersendiri. Pemilihannya memang tidak dijangka. Namanya dicalonkan di peringkat awal, tetapi khabarnya beliau sendiri menarik diri, untuk memberi laluan kepada tokoh-tokoh lain, dan antara yang disebut-sebut ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999-2004) dan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.

"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"

Apabila turun mengatur strategi dan berkempen bersama, tentulah "yang jauh dapat didekat, yang dekat dapat dimesrakan". Ada dakwaan mengatakan pimpinan PAS Terengganu agak tidak begitu "dekat dan mesra" bukan saja dengan pemimpinan DAP, malah KeADILan.

Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,631 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.

Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.

Permatang Pauh dikenali sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi, terletak pula di negeri Pakatan Rakyat. Sementara Kuala Terengganu milik Umno-BN, di negeri Terengganu yang mana BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-12, menghadang ombak tsunami politik yang menghempas Pantai Barat.

Lebih perit buat BN di Kuala Terengganu

Di Permatang Pauh calon BN kekurangan 1,426 undi berbanding pilihan raya 2008 tetapi di Kuala Terengganu, "orang kuat" Abdullah Ahmad Badawi, undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh merosot 2,320 berbanding penyandang, Allahyarham Razali Ismail.

Najib diakui bekerja keras sepanjang 11 hari berkempen, menawarkan pelbagai impian, menyogok tawaran, dan mengetuk pintu demi pintu, bagi memastikan momentum kejayaan gemilang Anwar tidak merebak ke Pantai Timur.

Kini reputasi Najib - dan BN yang bakal dipimpinnya - dipercayai tambah gelap memandangkan bagasi sejarah beliau juga begitu membebankannya. Igauan Altantunya Shaariibu masih menghantui Najib hinggakan mereka yang menampal gambar gadis Mongolia itu di Kuala Terengganu pun ditahan polis.

Umno di bawah terajunya nanti dijangka berdepan masalah dalaman lebih parah. Secara umumnya, imej peribadi calon BN, Wan Farid Salleh, yang dikatakan "sombong, tidak mesra, elitis, bersifat bangsawan" boleh menggambarkan imej Umno-BN sekarang.

Malang sekali, Najib dan juga jentera kempen BN tidak pernah berubah; mereka seolah-olah langsung tidak mengambil iktibar pengalaman pahit pilihan raya Mac 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh dan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan.

Seperti ditegaskan sarjana politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Ghazali Mayudin, yang menghantar artikelnya kepada saya pada awal pagi 17 Januari, di waktu pusat mengundi baru dibuka: "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri. Setelah memenangi puluhan pilihan raya, umum atau kecil, dengan skrip yang sama semenjak merdeka, maka skrip lama ini juga yang digunakan dalam pilihan raya abad ke-21 ini." Maknanya Ghazali menulis artikel itu, yang sudah merumuskan punca kekalahan BN, sebelum pemilih berdaftar membuang undi lagi.

Ramalan sarjana politik terbukti tepat
Bukan Ghazali seorang yang begitu yakin PAS boleh menang, malah beberapa pengkaji dan sarjana politik lain sudah meramalkan begitu. Ketua Program Sains Politik UKM, Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff, empat hari sebelum mengundi, memaklumkan kepada saya: "Lutfi, pegang cakap-cakap saya ini, PAS boleh menang sehingga majoriti 3,000 undi!" Seorang lagi pensyarah sains politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, melalui siaran langsung TV, berdasarkan tinjauannya, juga dengan penuh yakin menjangkakan PAS bakal menang.

Semasa kempen, berdepan masyarakat Tionghua, yang dikira undi penentu, BN terus menakutkan mereka dengan isu Hudud walhal dalam pilihan raya umum lalu, khususnya di Pantai Barat, pengundi Cina dan India tanpa segan silu menyelimuti bendera PAS di tubuh mereka, sambil giat berkempen memenangkan Pakatan Rakyat. Seorang pemimpin muda MCA Cheras, melalui siaran Astro Awani menegaskan, "politik ugut dan gertak" menggunakan isu Hudud sudah tidak berkesan lagi.

Politik "pembangunan dan keselamatan" dengan gaya lama adalah konsep kuno yang tidak lagi sesuai dengan dunia siber dan langit terbuka ini. Benar seperti kata A Kadir Jasin, BN yang sudah terlalu lama berkuasa sudah begitu sukar berubah: "Mereka tetap menggunakan taktik lama yang sama. Memang ada janji untuk melakukan bedah-siasat atas kekalahan Mac 2008 tetapi apabila didapati post-mortem itu menikam pemimpin atasan, ia terus dilupakan. Jadi, tidak hairanlah jika ada ahli Umno sendiri yang mendoakan BN kalah di Kuala Terengganu."

Di pihak Pakatan Rakyat pula, diharap hubungan erat semasa kempen dapat diinstitusikan. Lima negeri Pakatan harus menyerlahkan bentuk kerjasama yang boleh memberi banyak manfaat buat rakyat.

Persefahaman mantap Pakatan

Tidak mudah berdepan ketidak-tentuan ekonomi dan cabaran lain yang lebih sengit dalam waktu terdekat, namun dengan persefahaman pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri terbabit, segala kemelut mudah dirongkai.

Lebih menarik, "Pengisytiharan Mentaloon" dikeluarkan pada 18 Mac, sehari selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu, membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat, bertempat di kediaman Menteri Besar Kedah, di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Impian rakyat untuk menikmati kehidupan lebih baik di bawah Pakatan begitu tinggi. Segala tawaran dalam manifesto masih ada yang belum tertunai. Masa Umno-BN sudah berlalu.

PAS terbukti dapat melalui ranjau dengan cemerlang sekali. KT bukan sahaja membuka laluan untuk menguasai kembali Terengganu, malah menunjuk jalan lurus ke Putrajaya, insya-Allah.

Dan terbukti penangguhan cetakan Harakah edisi Jumaat, Bil 1408, daripada pagi Sabtu kepada pagi Ahad, bagi menunggu keputusan pilihan raya, adalah langkah tepat! Kami tidak mahu terlewat untuk merakam satu sejarah baru dalam politik Malaysia.