CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS �
Showing posts with label Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Show all posts
Showing posts with label Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Show all posts

Monday, February 2, 2009

DUA ADUN Keadilan Perak Letak Jawatan

Dari Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faks pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Jamaluddin dan Osman juga merupakan ahli exco kerajaan negeri Perak.

“Mereka telah meletak jawatan sebagai Adun, berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan itu, Sivakumar mengisytiharkan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering telah kosong dan dua pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) esok.

Pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi tersebut mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Kedua-dua Adun PKR itu telah hilang sejak lima hari lalu, dan mencetuskan spekulasi bahawa mereka telah melompat menyertai Barisan Nasional.

Thursday, January 29, 2009

SPRM perkakas UMNO?

“Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Dato’ Norza Zakaria lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli UMNO yang terbabit”


Sendiri bacalah report polis ni. Apa nak jadi dengan puak umno nie?






Saat kehancuran telah tiba, tunggu dan lihat pertelingkahan mereka.




Baru sekarang Tajol Rosli letak jawatan? Kenapa tidak lepas 8 Mac 2008?

Bertanggungjawab tindakan Adun Bota sertai PKR
PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin. Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman.
Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
Dalam ucapannya, beliau juga meminta Nasaruddin memikirkan semula keputusannya dan menyertai semula Umno demi kepentingan bangsa Melayu di negeri ini. "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu," katanya.
Menjawab soalan seorang ahli Umno mengenai tindakan yang diambil Badan Perhubungan Umno negeri terhadap Nasaruddin, Tajol Rosli mengibaratkan kes itu umpama isteri meninggalkan suami. "Mungkin tindakan pantas si suami ialah menjatuhkan talak, namun pendekatan yang diambil oleh Badan Perhubungan Umno negeri lebih kepada memujuk supaya si isteri kembali kepada suami.

"Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya," katanya. Pada majlis itu juga, Timbalan Umno Bahagian Parit, Yusuf Nordin dilantik sebagai penyelaras DUN Bota untuk memastikan perjuangan Umno dapat diteruskan.
Berita Harian
Cuit Sikit - Jangan Dato Tajol gila talak sudahlah...