“Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Dato’ Norza Zakaria lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli UMNO yang terbabit”
Sendiri bacalah report polis ni. Apa nak jadi dengan puak umno nie?
Thursday, January 29, 2009
SPRM perkakas UMNO?
Posted by Anak Pandan at 4:48 PM 0 comments
Labels: BN, Dato Norza, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Politik Wang, SPRM perkakas umno
Baru sekarang Tajol Rosli letak jawatan? Kenapa tidak lepas 8 Mac 2008?
"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin. Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman.
Dalam ucapannya, beliau juga meminta Nasaruddin memikirkan semula keputusannya dan menyertai semula Umno demi kepentingan bangsa Melayu di negeri ini. "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu," katanya.
"Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya," katanya. Pada majlis itu juga, Timbalan Umno Bahagian Parit, Yusuf Nordin dilantik sebagai penyelaras DUN Bota untuk memastikan perjuangan Umno dapat diteruskan.
Posted by Anak Pandan at 12:54 PM 0 comments
Labels: Bahagian BOTA, Bahagian Parit, Datuk Nasaruddin, Masa untuk perubahan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, PKR, Tajol Rosli, UMNO
Sunday, January 25, 2009
JALAN KE PUTRAJAYA?
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.
Posted by Anak Pandan at 11:05 PM 1 comments
Labels: ADUN, Barisan ADUN, BN, Dato Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nasarudin Hashim, Jalan ke Putrajaya, Pakatan, PR
Wednesday, January 21, 2009
Federal Agencies In Five States Told Not To Recognise JKKK - Zahid
IPOH, Jan 20 (Bernama) --
Posted by Anak Pandan at 2:59 PM 0 comments
Labels: iron age, Malaysia, Perak, tak bertamadun, Zahid
Tuesday, January 20, 2009
BILA KALAH & BILA MENANG - Nasib... nasib...
Bila kalah bila menang... Nasib2...
Posted by: "respeks 2008" faruqi2001@yahoo.com respeks2008
Mon Jan 19, 2009 4:21 pm (PST)
Wan Farid Cuti Seminggu, Tidak Mahu Berjumpa WartawanDilulus terbit pada Monday, January 19 @ 21:37:37 MYT oleh TokBatinOleh abgmat7902"Marang – Bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri kecewa dengan kekalahan BarisanNasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen (PRK) Kuala Terengganumalah kesannya lebih mendalam kepada calonnya Dato’ Wan Farid WanSalleh.Difahamkan, beberapa wartawan cuba menghubungi beliauuntuk mendapat ulasan lanjut tentang keseluruhan senario PRK KualaTerengganu serta mahu mendapat maklumbalas tentang kekalahan BN, namungagal untuk menghubungi beliau."Dia tak mahu jumpalah, dia kata dia bercuti seminggu bersama keluarga,”kata salah seorang wartawan kepada Buletinonline.Sebaliknyarumah ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih, Mohd AbdulWahid Endut tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang inginmengucapkan tahniah kepada beliau.Ketika ditemui dalam sesiminum pagi bersama wartawan, beliau terpaksa mengalihkan penerimaantalian telefon bimbitnya kepada pilihan senyap. ”Saya terpaksa buat ’silent mode’, kalau tidak tak boleh bercakap,”katanya sambil membetulkan punat telefon bimbitnya.Menurutnyaterdapat 200 pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya sejak diumumkansebagai pemenang semalam, yang masih belum sempat dibacanya.”pagi ni rombongan Kelab Penyokong PAS kaum India dari Perak menunggu di rumah, saya tak dapat jumpa dengan mereka,”mereka hendak mengucapkan tahniah sebelum mereka pulang”jelasnya.Wahidyang menang dengan majoriti undi sebanyak 2,631 dijangka akanmengangkat sumpah pada awal Februari dimana parlimen dijangkamengadakan sidang selepas cuti tahun baru Cina.Sehingga saatitu, jadual Wahid dijangka padat dengan menghadiri majlis-majliskesyukuran di peringkat parlimen yang beliau wakili, peringkat negeriTerengganu dan nasional.”ada pihak dari negeri-negeri yang membantu sudah menyusun jadual untuk majlis diperingkat nasional,”sayaakan hadir untuk bersua muka dan mengucapkan terima kasih saya kepadamereka yang telah bertungkus lumus membantu,”tambahnyaMonday, 19 January 2009 02:33
Posted by Anak Pandan at 5:14 PM 0 comments
NAJIB gagal baca amaran awal kekalahan?
Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.
"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"
Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,631 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.
Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.
Lebih perit buat BN di Kuala Terengganu
Di Permatang Pauh calon BN kekurangan 1,426 undi berbanding pilihan raya 2008 tetapi di Kuala Terengganu, "orang kuat" Abdullah Ahmad Badawi, undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh merosot 2,320 berbanding penyandang, Allahyarham Razali Ismail.
Najib diakui bekerja keras sepanjang 11 hari berkempen, menawarkan pelbagai impian, menyogok tawaran, dan mengetuk pintu demi pintu, bagi memastikan momentum kejayaan gemilang Anwar tidak merebak ke Pantai Timur.
Kini reputasi Najib - dan BN yang bakal dipimpinnya - dipercayai tambah gelap memandangkan bagasi sejarah beliau juga begitu membebankannya. Igauan Altantunya Shaariibu masih menghantui Najib hinggakan mereka yang menampal gambar gadis Mongolia itu di Kuala Terengganu pun ditahan polis.
Umno di bawah terajunya nanti dijangka berdepan masalah dalaman lebih parah. Secara umumnya, imej peribadi calon BN, Wan Farid Salleh, yang dikatakan "sombong, tidak mesra, elitis, bersifat bangsawan" boleh menggambarkan imej Umno-BN sekarang.
Seperti ditegaskan sarjana politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Ghazali Mayudin, yang menghantar artikelnya kepada saya pada awal pagi 17 Januari, di waktu pusat mengundi baru dibuka: "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri. Setelah memenangi puluhan pilihan raya, umum atau kecil, dengan skrip yang sama semenjak merdeka, maka skrip lama ini juga yang digunakan dalam pilihan raya abad ke-21 ini." Maknanya Ghazali menulis artikel itu, yang sudah merumuskan punca kekalahan BN, sebelum pemilih berdaftar membuang undi lagi.
Ramalan sarjana politik terbukti tepat
Politik "pembangunan dan keselamatan" dengan gaya lama adalah konsep kuno yang tidak lagi sesuai dengan dunia siber dan langit terbuka ini. Benar seperti kata A Kadir Jasin, BN yang sudah terlalu lama berkuasa sudah begitu sukar berubah: "Mereka tetap menggunakan taktik lama yang sama. Memang ada janji untuk melakukan bedah-siasat atas kekalahan Mac 2008 tetapi apabila didapati post-mortem itu menikam pemimpin atasan, ia terus dilupakan. Jadi, tidak hairanlah jika ada ahli Umno sendiri yang mendoakan BN kalah di Kuala Terengganu."
Di pihak Pakatan Rakyat pula, diharap hubungan erat semasa kempen dapat diinstitusikan. Lima negeri Pakatan harus menyerlahkan bentuk kerjasama yang boleh memberi banyak manfaat buat rakyat.
Persefahaman mantap Pakatan
Tidak mudah berdepan ketidak-tentuan ekonomi dan cabaran lain yang lebih sengit dalam waktu terdekat, namun dengan persefahaman pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri terbabit, segala kemelut mudah dirongkai.
Lebih menarik, "Pengisytiharan Mentaloon" dikeluarkan pada 18 Mac, sehari selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu, membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat, bertempat di kediaman Menteri Besar Kedah, di Sri Mentaloon, Alor Setar.
Impian rakyat untuk menikmati kehidupan lebih baik di bawah Pakatan begitu tinggi. Segala tawaran dalam manifesto masih ada yang belum tertunai. Masa Umno-BN sudah berlalu.
Posted by Anak Pandan at 9:55 AM 0 comments
Labels: Ahmad Lutfi, Harakah, Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, P036, Pakatan Rakyat, PAS
Monday, January 19, 2009
EZAM kluk klek - penyumbang kekalahan UMNO & BN
Posted by Anak Pandan at 10:17 AM 0 comments
Labels: DSAI, Ezam, KEADILAN, Kepala Batu, Kluk Klek, Kuala Terengganu, P036, PAS, Permatang Pauh, UMNO
Friday, January 16, 2009
Rungutan Anak FELCRA Kuala Berang
Kita ambil contoh FELCRA Bhd, sesudah dikorporatkan, bukan menolong rakyat, tetapi mencekik rakyat Terengganu. Hari ini, dari Pengerusi FELCRA hinggalah pegawai-pegawai kawan ibu pejabat, wilayah turun membantu kempen BN.
Kami cabar FELCRA hapuskan caj pengurusan 6.5% dan caj pemasaran 1% jika nak tolong rakyat.
Mengapa FELCRA melantik banduan BPR menjadi Ketua Eksekutif, kini FELCRA jadi kuda tunggangan BN.
Bergegar cakap di Parlimen, malangnya ekor penuh terpalit tahi.
ANAK PESERTA FELCRA, Kuala Berang
Posted by Anak Pandan at 12:49 PM 0 comments
Labels: Abdul Wahid Endut, Felcra, Kuala Berang, Kuala Terengganu, Malaysia, MAT, Mohd Anuar Tahir, P036, Parlimen, PAS
P036. Parlimen Kuala Terengganu
Posted by Anak Pandan at 1:04 AM 0 comments
Labels: BN, Kuala Terengganu, P036, PAS, Pilihanraya kecil, SPR, UMNO, Wahid Endut, Wan Farid
Thursday, January 15, 2009
Bersama petugas & sukarelawan Pilihanraya Kuala Terengganu
Posted by Anak Pandan at 3:08 PM 0 comments
Labels: Mohd Anuar Tahir, P036, Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu