CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, January 19, 2010

Lagi sertai PAS di DUN Beseri, Padang Besar

pertemuan dengan pemimpin masyarakat siam


bersama menegakkan Islam melalui PAS


Jangan pandang belakang lagi, terus mara kehadapan!



15hb Januari 2010, Kampung Bukit Merah, DUN Beseri, Parlimen Padang Besar. Sungguhpun siang harinya berlaku gerhana matahari namun di waktu malamnya purnama mengambang penuh.

Satu Majlis Penyerahan Sijil Keahlian PAS telah diadakan bagi meraikan 13 orang bekas ahli UMNO dari cawangan-cawangan berhampiran telah diterima masuk menjadi ahli PAS . Mereka telah memilih untuk berjuang melalui PAS setelah merasa yakin bahawa parti ini benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat tanpa memilih kaum atau kerabat tertentu sahaja.

Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir.

Terdahulu, Setiausaha Cawangan PAS Batu Hampar, Sdr. Halim selaku pengerusi Majlis tersebut telah menyatakan bahawa PAS sebagai organisasi siasah adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Kewujudan PAS adalah untuk memastikan negara yang bertuah ini dipimpin dan diurus secara adil dan saksama selaras dengan kehendak Islam.

Manakala dalam ucapan aluan meraikan ahli-ahli baru ini, Haji Mohd Anuar Tahir menyatakan keputusan yang dibuat ini adalah tepat dan kena pada masanya. Beliau juga menyeru agar diperbanyakkan pertemuan hati ke hati bagi menerangkan misi perjuangan parti kepada orang ramai.

Menurut Anuar Tahir lagi, Najib tidaklah boleh mendabik dada mendakwa Satu Malaysia adalah ide baru untuk Malaysia kerana PAS telah lebih dahulu menggunakannya. PAS adalah singkatan kepada perkataan PARTI ISLAM SE-MALAYSIA dan ini jelas menunjukkan PAS telah lebih dahulu memperkenalkan konsep Se-Malaysia ini sejak dulu lagi.

Tambah beliau lagi, segala elemen kehancuran seperti yang ada pada tamadun dan kerajaan yang telah jatuh semuannya lengkap ada pada UMNO hari ini - rasuah, dendam kesumat, tamak haloba, skandal, penyalahgunaan kuasa, rakus dan sebagainya.

UMNO dan rasuah boleh diibaratkan sebagai penagih tegar. Tanpa rasuah satu kerja pun tak akan jadi dan semua peringkat terlibat. Rasuah sudah membarah didalam UMNO. Ianya sudah menjadi satu budaya dan darah daging. Kerana itu UMNO tidak tahu jalan lain untuk memenangi hati rakyat selain dari menabur wang dan rasuah.

Majlis Penyampaian Sijil Keahlian ini adalah sebahagian dari siri gerak gempur Parlimen Padang Besar, disebelah siangnya telah berlangsung satu majlis ziarah ke rumah penduduk yang sakit terlantar penduduk keturunan Siam dan warga tua di DUN Santan.



0 comments: