CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, March 7, 2008

RASUAH PILIHANRAYA


"Kalau polis ambik RM50 itu dikira corruption
tapi kalau pembesar ambik berjuta-juta itu dikira comission"
Dato Seri Anwar Ibrahim

Tiap kali orang-orang besar umno berucap, kalau tak beri janji manis kepada rakyat tak sah. Najib janji itu janji ini, umumkan peruntukan berjuta-juta, Pak Lah pun sama, dicelah tertidur-tertidur tu pun masih ada hati nak janji kepada rakyat dan tidak malu minta 5 tahun lagi. Terdesak atau tidak depa nie boleh dilihat dengan janji mereka kepada rakyat. Semakin banyak peruntukan diberi, semakin teruk imej mereka di mata rakyat.

Di Bintong malam tadi selamat dah ratusan Mesin Pengisar (blender) Moulinex diagihkan kepada pengundi tertentu di Bintong. Turut kelihatan ialah puluhan mesin basuh/peti ais diatas lori sedang bergerak ke lokasi tertentu dan untuk pengundi-pengundi "bertuah" di Bintong ini.

umno dan barisan nasional sudahlah tidak peka kepada rakyat, lima tahun memerintah, baru minggu lepas masuk ke kampung, malah menghina kuasa yang ada pada rakyat dengan memberikan barang-barang keperluan yang tidaklah semahal manapun dengan pertukarannya hanyalah undi kepada mereka. Rasuah politik ini harus dihentikan demi masa depan anak cucu kita. Petualang rasuah politik adalah mereka yang berucap dipentas-pentas dan mimbar-mimbar, di corong-corong radio dan segmen-segmen tv menjanjikan sesuatu dimasa hadapan yang mereka sendiri tidak berkuasa menentukan nasib dirinya sendiri.


Bangkitlah rakyat, tolak pemimpin yang lenanya lebih dari kerjanya. Tolaklah pemimpin yang kaki rasuah, pemakan komisyen atas projek kerajaan dari belanjawan negara, bukan duit dari poket beliau atau ayahnya. Nyah jauh-jauh politik rasuah - politik blender - politik peti ais.


Mat Bintong

1 comments:

Haslina said...

http://www.youtube.com/watch?v=Jya2KAQfwAE