CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 25, 2009

P'raya Penanti: Biro Politik Umno akan putuskan

Abdul Rahim Sabri Apr 24, 09 8:49pm

Majlis Tertinggi (MT) menyerahkan kepada biro politik parti itu untuk memutuskan sama ada akan meletakkan calon BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, di Pulau Pinang.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro tersebut berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.

"(MT) serahkan mandat kepada biro politik untuk buat keputusan (mengenainya)," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat MT selama empat jam di ibunegara hari ini.

Sehubungan itu, katanya, biro tersebut akan membuat keputusan mengenainya.

Ditanya bilakah biro akan bermesyuarat memandangkan pilihanraya kecil itu tidak lama lagi, Najib berkata: "Kita tahu bila mahu buat mesyuarat".

Ditanya mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR, meletak jawatan sebagai ADUN Penanti, Najib berkata:

"Prinsipnya, kita tak boleh gunakan kedudukan kita, sebab apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, kita sanggup untuk beri khidmat untuk rakyat, selama tempoh penggal parlimen berkenaan.

Naib ketuai negeri

"Jadi kita tak boleh, setelah satu tahun merasakan untuk letak jawatan, melainkan atas sebab-sebab yang diperuntukan perlembagaan.

"Walaupun kita boleh meletakkan jawatan, tetapi pada prinsip dan semangat, kita mesti balik kepada akujanji kita kepada pengundi," tambahnya.

Beliau juga ditanya mengenai pelantikan naib-naib presiden Umno menerajui Umno di beberapa negeri, khususnya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Najib berkata, selaku naib presiden, mereka layak dilantik memegang jawatan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu, manakala dua lagi naib presiden - Datuk Ahmad Zahid Hamidi dilantik mengetuai Umno Pulau Pinang dan Datuk Seri Shafie Apdal menerajui Umno Kedah.

"Itu ikut pada pertimbangan saya dan ikut keperluan, maka saya lantik mereka," tambah Najib.

Pinda perlembagaan

Beliau juga berkata, MT hari ini bersetuju untuk meminda perlembagaan parti berhubung kaedah dan proses pemilihan Umno supaya lebih telus, terbuka dan demokratik dalam perhimpunan agung khas hujung tahun ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengendalikan cadangan tersebut dan perubahan lain.

Ia akan dibawa ke pertimbangan MT sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas, tambahnya.

"Majlis Tertinggi juga mengambil kira perubahan-perubahan yang telah diumumkan oleh kerajaan dan saya telah memberi penjelasan mengenai dasar liberalisasi serta pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Majlis Tertinggi faham kenapa keputusan perlu dibuat, ini bukan bererti kita ubah sesuatu dasar dan komitmen kita tetapi adalah satu usaha untuk mengelakkan pertindihan antara tugas-tugas kementerian supaya lebih fokus, tetapi dasar kementerian berkenaan akan kita teruskan," katanya.

Menurut Najib, beliau turut menerangkan bahawa dasar liberalisasi bukan dibuat secara mengejut.

Sebaliknya, jelas beliau, satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

Tuesday, April 21, 2009

Sekalung Budi buat Adinda Zolkharnain Abidin

Saya bukanlah seorang komputer savvy seperti pemilik "bila sauh dibongkar'. Saya mengemaskini blog ini bila ada kelapangan dan ide.
Saya kagum dengan kemampuan Ust. Zol berinteraksi di alam maya, menggunakan bahasa mudah memasarkan ide dan pandangannya yang bernas dengan hujah-hujah santai yang tepat ke sasaran.
Apapun, saya merasa bangga dan bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat dan mereka yang jujur ikhlas berjuang untuk jemaah, berjuang untuk parti.
Benar, kata Ustaz Zol, saya tidak keluar satu sen pun dan dia juga tidak keluar satu sen pun. Tidak ada sesiapa melobi dan tidak ada sesiapa yang akan mendapat projek pun. Inilah kelebihan PAS, bebas dari gejala yang membarah didalam parti-parti lain.
Saya akan memberikan sumbangan dan bakti terbaik saya demi perjuangan Islam dan bantulah saya dalam menjayakan cita-cita ini, cita-cita kita bersama.

MAT
Kanchut, Alor Setar

Dedikasi Buat Kekanda Anuar Tahir
PRU ke 12 menyaksikan BN kekal di parlimen Padang Besar tetapi dengan penurunan majortiti yang agak ketara berbanding PRU ke 11 iaitu 5,348 (2008) berbanding 9,265 (2004). Kerusi itu memang asalnya milik BN, Azmi Khalid (baca sini) dan (sini).

Dari satu sudut, BN memang berpotensi untuk kalah di Parlimen Padang Besar. Sepanjang tempoh kempen, respon pengundi bukan Melayu juga sangat positif. Cuma pengundi Melayu ketika itu, dengan sumber maklumat segar yang agak terhad, kebanyakannya masih setia dengan ‘yang lama’. Mereka bimbang tiang eletrik di kampong mereka dicabut, atau besi paip air di potong sekiranya mengundi selain BN.

Kelmarin (18 April) Mesyuarat Agung PAS kawasan Padang Besar berlangsung di markas PAS kawasan di Santan. Markas berstruktur kayu dan uzur itu menjadi sungutan perwakilan, panas dan sempit. Namun mesyuarat tetap berlangsung dengan lancar, perbahasannya juga panas, sepanas dewan tanpa pendingin hawa, walau pun pada sebelah petangnya separuh perwakilan angkat kaki.

Jawatan Yang DiPertua dipertandingkan. Saya dan seorang lagi rakan ditewaskan oleh Anuar Tahir, AJK PAS Pusat yang juga koordinator Bersih. Dia juga bekas Setiausaha Agung ABIM pada zaman Anwar dulu dan bekas Pengerusi PKR Perlis. Kami bertanding dalam suasana santai namun serius sebab tiada sebarang kempen atau lobi-melobi. Saya tidak habis satu sen pun untuk itu, begitu juga Anuar.

Perwakilan diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih sesiapa yang mereka fikir layak. Kalau ada orang yang beriman dengan demokrasi ingin menilai iman kami terhadap demokrasi, kami termasuk orang yang kuat beriman dengan demokrasi. Demokrasi kami bersih, bukan seperti demokrasi Umno yang bersalut lumpur rasuah itu.

Saya mengambil kesempatan ini mengalungkan tahniah untuk kekanda saya Anuar Tahir. Dia memang layak menang. Bagi saya dia seorang yang berwibawa dan berpengalaman luas. Saya yakin pengalamannya itu sangat bermakna untuk PAS Kawasan Padang Besar melonjak ke hadapan dengan lonjakan kemenangan bukan lonjakan popular di daerah sendiri.

Kita perlu keluar daripada program yang bersifat syok sendiri yang diramaikan oleh ahli dan pengikut kita sahaja. Golongan profesional, pertengahan, para usahawan dan tokoh-tokoh masyarakat yang selama ini hanya melihat PAS dari jauh perlu didekati. Kita memang berjaya dalam menyantuni golongan marhaen tetapi kita masih malu-malu mata untuk berdamping dengan golongan berpengaruh dan berkedudukan.

Kita memerlukan pendekatan ‘politik segar’, pendekatan yang bersifat merentasi apa jua sekatan termasuk sekatan agama dan budaya, apatah lagi sekatan perbezaan fahaman politik. Sementara kita bertegas dengan dasar dan prinsip, kita perlu meneroka dengan lebih bersungguh-sungguh ruang-ruang ‘kosong’ (Mantiqah al-Afwi) yang dihuni oleh sekian banyak kelompok masyarakat. Pencinta seni, peminat sukan malah mereka yang kita pandang dengan sebelah mata kerana kita berasa mereka ‘tergelincir’ dari landasan agama juga tidak wajar dikesampingkan. Inilah maksud saya ‘politik segar’ itu.

Saya sangat gembira dan yakin, Anuar bersama gandingan rapatnya Wan Kharizal Wan Khazim, Timbalan YDP akan mampu memacu PAS Kawasan Padang Besar bukan sekadar untuk mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi lebih penting daripada itu memegang tangan masyarakat di Kawasan Padang Besar menghayati kehidupan berpaksikan agama. Bagi saya kejayaan ini lebih besar berbanding kejayaan di dalam pilihanraya.

Tapi, saya lebih gembira kalau anda berdua dapat menarik Azmi Khalid dan isterinya Normala Shamsudin masuk PAS.

Sunday, April 5, 2009

Di Bukit Selambau lagi.


4hb April... 10 tahun yang lalu

Sahabat lama dalam perjuangan

Lawan tetap Lawan

Bertemu Kak N, orang kuat Wanita Keadilan

Gobala mengumumkan ketibaan Haji Mohd Anuar Tahir sebagai MT PAS, mana ada MT dalam PAS Gobi!...

Hari ini Haji Mohd Anuar Tahir tidak turun untuk berceramah, tetapi lebih untuk bertemu penduduk dan pengundi di kawasan Bukit Selambau.

Disebelah malamnya, Haji Mohd Anuar Tahir turut menghadiri ceramah "suspen" Penasihat PKR, YB Dato Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang.

Saturday, April 4, 2009

Merasmikan Mesyuarat Cawangan Jalan Telok Wan Jah


Kita berjanji untuk sama-sama berjuang dengan semua komponen Pakatan Rakyat

Perjuangan yang dicetuskan oleh datuk dan nenek kita ini harus dipertahankan biar berapa pun harganya

Dalam kesibukan berkempen, Haji Mohd Anuar Tahir masih sempat untuk bersama-sama dengan ahli PAS di Cawangan Jalan Telok Wan Jah pada 3hb April 2009.

Dikesempatan yang ada, Haji Mohd Anuar Tahir telah menggesa agar ahli PAS turun dan membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat di Bukit Selambau.

Kempen di Bukit Gantang



Kami berkempen di kawasan estet dan pendalaman bersama Naib Presiden PAS, YB Husam. Agak menarik pilihanraya kali ini, bendera PAS berkibaran di rumah pekerja-pekerja estet.

Pekerja-pekerja estet lebih memikirkan tentang nasib dan masa depan anak mereka dari sesetengah rakyat Malaysia yang hidupnya tidaklah sesenang mana tetapi takut untuk menanggung risiko.

Wednesday, April 1, 2009

Kempen di Bukit Selambau


Pemimpin PAS dan KeADILan bergambar ramai

Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim turut berceramah dalam bahasa Siam

Mohd Anuar Tahir - Kita sedang menuju ke era Imelda Marcos

Jangan tertipu lagi. Jangan biarkan hidup kita menderita. Jangan biarkan mereka yang bersekongkol dengan pemerintah zalim terus-terusan menindas kita.