Abdul Rahim Sabri Apr 24, 09 8:49pm
Majlis Tertinggi (MT) menyerahkan kepada biro politik parti itu untuk memutuskan sama ada akan meletakkan calon BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, di Pulau Pinang.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi biro tersebut berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT hari ini.
"(MT) serahkan mandat kepada biro politik untuk buat keputusan (mengenainya)," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat MT selama empat jam di ibunegara hari ini.
Sehubungan itu, katanya, biro tersebut akan membuat keputusan mengenainya.
Ditanya bilakah biro akan bermesyuarat memandangkan pilihanraya kecil itu tidak lama lagi, Najib berkata: "Kita tahu bila mahu buat mesyuarat".
Ditanya mengenai keputusan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR, meletak jawatan sebagai ADUN Penanti, Najib berkata:
"Prinsipnya, kita tak boleh gunakan kedudukan kita, sebab apabila kita tawarkan diri untuk bertanding, kita sanggup untuk beri khidmat untuk rakyat, selama tempoh penggal parlimen berkenaan.
Naib ketuai negeri
"Jadi kita tak boleh, setelah satu tahun merasakan untuk letak jawatan, melainkan atas sebab-sebab yang diperuntukan perlembagaan.
"Walaupun kita boleh meletakkan jawatan, tetapi pada prinsip dan semangat, kita mesti balik kepada akujanji kita kepada pengundi," tambahnya.
Beliau juga ditanya mengenai pelantikan naib-naib presiden Umno menerajui Umno di beberapa negeri, khususnya yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Najib berkata, selaku naib presiden, mereka layak dilantik memegang jawatan tersebut.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai pengerusi Umno Terengganu, manakala dua lagi naib presiden - Datuk Ahmad Zahid Hamidi dilantik mengetuai Umno Pulau Pinang dan Datuk Seri Shafie Apdal menerajui Umno Kedah.
"Itu ikut pada pertimbangan saya dan ikut keperluan, maka saya lantik mereka," tambah Najib.
Pinda perlembagaan
Beliau juga berkata, MT hari ini bersetuju untuk meminda perlembagaan parti berhubung kaedah dan proses pemilihan Umno supaya lebih telus, terbuka dan demokratik dalam perhimpunan agung khas hujung tahun ini.
Katanya, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengendalikan cadangan tersebut dan perubahan lain.
Ia akan dibawa ke pertimbangan MT sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas, tambahnya.
"Majlis Tertinggi juga mengambil kira perubahan-perubahan yang telah diumumkan oleh kerajaan dan saya telah memberi penjelasan mengenai dasar liberalisasi serta pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Majlis Tertinggi faham kenapa keputusan perlu dibuat, ini bukan bererti kita ubah sesuatu dasar dan komitmen kita tetapi adalah satu usaha untuk mengelakkan pertindihan antara tugas-tugas kementerian supaya lebih fokus, tetapi dasar kementerian berkenaan akan kita teruskan," katanya.
Menurut Najib, beliau turut menerangkan bahawa dasar liberalisasi bukan dibuat secara mengejut.
Sebaliknya, jelas beliau, satu kajian mendalam telah dilakukan selama dua tahun oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menerajui kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

0 comments:
Post a Comment