CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, January 19, 2009

EZAM kluk klek - penyumbang kekalahan UMNO & BN


EZAM KLUK KLEK

Kenapa Ezam nak dedahkan surat DSAI di Kuala Terengganu? Kenapa dedahkan sekarang? Pilihanraya P036 adalah antara PAS dan UMNO. Antara Wan Farid dan Mohd Abdul Wahid Endut aka MAWE.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional, diaorang semuannya memang syok nak dengar pasal DSAI, rindu lah katakan. Tak dapat DSAI dapat Ezam pun ok gak - terubat hati mendengar ala-ala suara DSAI. Ingatkan dan berputus arang berkerat rotan dengan DSAI, rupanya Ezam masih cuba mengekalkan suara dan gaya pidato ala DSAI untuk memastikan momentum dan penampilannya tetap gah dan diikuti.

Pendedahan surat DSAI kepada Tun M adalah isu lapuk dan berkulat. Sama sewaktu dengan nasib kotak-kotak rahasia beliau. Tiada siapa tahu kotak itu dan rakyat marhain yang terganggu dengan kenaikan harga minyak dan barang tidak begitu memberikan perhatian yang serius kepada kotak dan isi kandungan kotak.

Kalaulah surat yang dikategorikan Ezam sebagai pengkhianatan oleh DSAI terhadap pengikut-pengikutnya itu benar mempunyai "weight" keberatannya... maka selayaknya Pilihanraya Parlimen Permatang Pauh tempoharilah tempat terbaik untuk pendedahan surat ini, bukan P036... Mungkin terlalu banyak surat kot dalam kotak-kotak tu...

Apapun, dengan menggunakan Ezam dan balacinya - Hamdan Taha, Zahid Mat Arip, Hanafiah Man, Lokman Adam, Ruslan Kassim dan yang lain tu, UMNO bukan menambah undi mereka tetapi menambah undi kepada PAS. Rakyat tahu maklumat dan fakta cuma mereka hadir mendengar bagi membenarkan khabar angin "kebodohan" Ezam dan pencacainya.

Ezam - Kluk Klek


KEPALA BATU
di Kuala Terengganu

0 comments: