CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, January 16, 2009

P036. Parlimen Kuala Terengganu





Assalamualaikum

Disebelah pagi, menyelesaikan tugasan di kantor. Bergegas ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Grik-Jeli. Perjalanan lancar, kereta meluncur laju. Tiada "road-block" sehingga tiba di sempadan Terengganu.

Tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 9.30 malam. Menuju ke tapak ceramah berhampiran Pasar Payang.
Penceramah pertama - Ust. Dato. Tuan Ibrahim Tuan Man - beliau menekankan peri pentingnya membuat keputusan yang bijak didalam memilih pemimpin dan menentukan masa depan negara. Ust. Dato turut menyatakan sumbangan yang diberikan semasa PAS memerintah Terengganu tempohari, antaranya ialah penghapusan TOL yang membebankan rakyat termiskin.
Saya menjadi penceramah kedua. Saya menekankan tentang pentingnya Pesta Demokrasi ini diraikan. Sahabat-sahabat berbangsa Cina harus menjadikan keputusan pilihanraya kecil ini, pilihanraya P036 ini sebagai hadiah hari raya yang terbaik.

Turut hadir berceramah ialah YB Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS, YB Sdr. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS, YB Dr. Lu'Lu', Ahli Parlimen Titiwangsa.
Sepanjang kami berceramah, ianya sedikit terganggu dengan suara nyanyian yang datang dari sebuah Konsert berlangsung di stadium yang berhampiran - malam yang akan datang di venue yang sama, BN nak buat solat hajat disitu. Konsert tu pun mereka yang anjurkan.
Suasana kelihatannya aman, kehadiran anggota Polis yang agak ramai, barangkali mungkin. Diberikan perumpamaan mudah agaknya dalam lima gelas teh tarik yang dipesan - tiga setengah gelas dipesan oleh anggota Polis.
Kami terpaksa bergegas segera, esok kami ada tugasan pejabat yang memerlukan kami untuk mendapatkan rehat yang sewajarnya.

MAT
Batu Buruk, Kuala Terengganu

0 comments: