CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, January 16, 2009

Rungutan Anak FELCRA Kuala Berang


Saya ada menerima sepucuk surat, meluahkan rasa hati dan persoalan yang timbul dari anak peserta FELCRA, saya ulangsalin di sini bagi berkongsi dengan anda semua.

Hari ini dan hari-hari yang mendatang hinggalah hari mengundi 17 Januari 2009. Tiap agensi kerajaan, badan korporat diarah dan dikerah ke Kuala Terengganu menjadi alat perkakas BN. Ulamak UMNO, Ustaz UMNO, sedarkah yang agensi-agensi kerajaan ditubuhkan untuk bela rakyat, bukan bela BN.

Kita ambil contoh FELCRA Bhd, sesudah dikorporatkan, bukan menolong rakyat, tetapi mencekik rakyat Terengganu. Hari ini, dari Pengerusi FELCRA hinggalah pegawai-pegawai kawan ibu pejabat, wilayah turun membantu kempen BN.

Tahukah rakyat Terengganu yang FELCRA selama ini mendabik dada membantu rakyat, tetapi mengenakan caj pengurusan 6.5% atas untung kasar jualan ladang tuan-tuan. 1% caj pemasaran. Wang inilah yang digunakan untuk majlis bersama rakyat dalam pilihanraya ini dan mana-mana pilihanraya! Peserta FELCRA ada orang UMNO, ada orang PAS, mengapa wang FELCRA bantu UMNO?

Kami cabar FELCRA hapuskan caj pengurusan 6.5% dan caj pemasaran 1% jika nak tolong rakyat.

Kami cabar FELCRA, tuntut wang 30 juta yang hilang pada tahun 1997. Kami cabar FELCRA tuntut wang 10 juta jualan minyak sawit ke India.

Kami tuntut FELCRA dedahkan pegawai-pegawai kanan yang memiliki tanah yang dibangunkan oleh FELCRA sendiri. Harapkan pagar – pagar makan padi. Jangan buang masa dan duit rakyat di Kuala Terengganu. Tetapi ladang-ladang FELCRA terbiar, semak, buah-buat sawit tidak berkutip!

Mengapa FELCRA melantik banduan BPR menjadi Ketua Eksekutif, kini FELCRA jadi kuda tunggangan BN.

1. Belum pun setahun jadi Pengerusi FELCRA, beliau telah salahguna kuasa dengan membawa tokey besar, keluarga makan angi di Pualau Langkawi – guna wang FELCRA.

2. Hari ini kereta rasmi FELCRA, pemandu diarah menetap di Kuala Terengganu untuk membawa pembesar-pembesar FELCRA, berceramah atas “Majlis Mesra Rakyat” berkempen bertopengkan FELCRA.

Bergegar cakap di Parlimen, malangnya ekor penuh terpalit tahi.

ANAK PESERTA FELCRA, Kuala Berang

0 comments: