Wednesday, March 12, 2008
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
Saya amat berbesar hati dan terharu diatas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada kami sewaktu menghadapi Pilihanraya Umum kali ke 12 yang baru lalu di DUN N06 Bintong khususnya.
Sungguhpun keputusan tidak memihak kepada PAS kali ini bagi keseluruhan negeri Perlis, namun ianya berjaya menyampaikan mesej kepada sang penguasa bahawa pilihanraya kali ini merupakan yang paling sengit pernah mereka hadapi dan pilihanraya yang seterusnya pasti akan menjadi lebih hebat dan mereka perlu lebih berkhidmat kepada rakyat untuk terus kekal memerintah.
Tumbangnya empat kerajaan negeri (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor), disertai oleh kerajaan negeri Kelantan ditambah lagi penguasaan luarbiasa di Wilayah Persekutuan menyebabkan kehadiran Barisan Alternatif adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan dan bakal menjadi fenomena dalam jangka waktu yang singkat. Faktor di peringkat nasional ini diharapkan dapat menjadi katalis kepada perubahan minda politik rakyat Perlis daripada terus hidup dihimpit padat oleh budaya umno dan barisan nasional yang semakin tidak relevan dan hanya menunggu waktu untuk diarkibkan sahaja.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Negeri Perlis, seluruh jentera PAS bagi DUN N06 Bintong, jentera Pemuda dan Jentera Muslimat, terutamanya Wakil Calon saya, sdr. Jamil yang begitu komited, istiqamah dan ikhlas dalam setiap tindakannya. Kedua orang penyokong saya yang mengiringi saya ketika hari penamaan calon tempohari. Teman-teman yang hadir memberikan sokongan padu, baik dari segi tenaga, fikiran dan wang ringgit baik yang saya ketahui dan juga yang tidak saya ketahui. Tidak lupa juga doa dan restu dari bonda tercinta disamping sokongan isteri dan anak-anak termasuk adik beradik dan keluarga terdekat.
Marilah kita bermuhasabah dan mengkaji dimana kesilapan kita supaya pada pilihanraya yang akan datang, rakyat Perlis akan bersedia untuk menerima manifesto dan kaedah perjuangan kita, Insya ALlah.
Ke arah Negara Berkebajikan
MOHD ANUAR TAHIR
Posted by Anak Pandan at 3:36 AM 0 comments
Tuesday, March 11, 2008
SESI MOTIVASI - Kita berhadapan musuh yang sistematik dan mengakar dalam masyarakat
Posted by Anak Pandan at 11:38 PM 0 comments
Friday, March 7, 2008
50-50
Jangan gentar untuk mengungkapkan yang haq dan usah gelisah untuk menentang yang bathil. Kita berada diatas landasan yang betul pada saat yang tepat. Ayuh, warga Bintong kerahkan segala kuderat, pastikan Islam berdaulat.
Mat Bintong
Posted by Anak Pandan at 9:04 AM 3 comments
RASUAH PILIHANRAYA
Posted by Anak Pandan at 7:49 AM 1 comments
KAD SEMAKAN MENGUNDI
Posted by Anak Pandan at 7:14 AM 0 comments
BERSIH - THE DIRTIES ELECTION
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) warns Malaysians that the General Election on 8 March could be Malaysia’s dirtiest elections ever, as a result of the Election Commission’s (EC) decision to cancel the implementation of indelible ink on polling day.
BERSIH is of the view that indelible ink will prevent multiple voting. While only a thorough clean-up of electoral roll may eliminate phantom voters (impersonators of fraudulently-registered and genuine voters), indelible ink can at least make them “unrecyclable”.
The cancellation of the use of indelible ink makes the deployment of phantom voters operationally easier and cheaper. The outcome of marginal seats in Kelantan, Penang, Selangor and Perak may therefore be determined by phantom voters.
Against a backdrop of other emerging irregularities such as the wholesale transfer of voters and thousands of fraudulent voter registrations, the democratic rights of Malaysians may have already been stolen from them — before being exercised at the ballot box on 8 March!
BERSIH calls upon all Malaysians to support the nationwide signature campaign for a Royal Commission on Electoral Reform (RCER) to be established after the General Election. The campaign is being conducted both on the ground and online at
BERSIH rejects the EC’s excuses for the cancellation of this move on legal and security grounds. The National Fatwa Council gave its approval for the use of indelible ink as early as last August. The EC could have submitted the amendment to the relevant by-law, Elections (Conduct of Elections) Regulations 1981, to the parliamentary session from August to December 2007, thus clearing all legal and security concerns.
BERSIH urges all concerned Malaysians to express their demand for electoral reform by supporting our call for a Royal Commission for Electoral Reform after the General Election.
For enquiries, please contact the BERSIH secretariat at (012) 2232002 or (012) 2192010.
Posted by Anak Pandan at 5:03 AM 0 comments
PENGUNDI HANTU - ho ho ho
Posted by Anak Pandan at 4:38 AM 0 comments
LAWAN TETAP LAWAN tapi KAWAN TETAP KAWAN
Mat Bintong
Posted by Anak Pandan at 4:19 AM 0 comments
Thursday, March 6, 2008
MAJLIS PECAH TANAH "MARKAS TARBIAH BINTONG"
Bunting bagi program tersebut
Posted by Anak Pandan at 7:47 AM 0 comments
KITA MENANG DAH!
Posted by Anak Pandan at 7:24 AM 0 comments
SESI TAZKIRAH BERSAMA UST. AHMAD AWANG - PRESIDEN PERSATUAN ULAMA SEMALAYSIA
Posted by Anak Pandan at 6:47 AM 0 comments
TAK JADI GUNA DAKWAT
Suruhanjaya Pilihanraya menyatakan bahawa mereka menerima laporan bahawa di Perlis dan Kelantan ada pihak yang telah membeli dalam kuantiti yang banyak dakwat dengan tujuan untuk tidak membenarkan para pengundi membuat pilihan mereka pada pilihanraya yang ke 12 ini.
Kami di Perlis tak tahu menahu langsung, awat pulis tak pergi je tangkap orang yang memiliki dakwat terbanyak tu... senang lah sikit kita nak siasat.
Satu lapi bukan kami nak mengumpat, cuma dua hari lepas kami terserempak dengan lori kontena besaq yang dok masuk ke rumah seorang pemimpin umno yang bertanding kerusi parlimen, agaknya apa lah rahsia @ senjata sulit sang menteri disaat akhir.
Mat Bintong
Posted by Anak Pandan at 2:58 AM 0 comments
Wednesday, March 5, 2008
AYUHAI ANAK BINTONG - Bangkitlah
Ayuhai warga Bintong
Mari kita bekerja keras, bekerja sekuat mungkin dalam jam-jam terakhir sebelum pilihanraya ke 12 ini bagi memastikan tumpasnya calon-calon UMNO dan Barisan yang korup dan bermasalah.
Rapatkan saf dan bergerak secara tersusun. Bisikan kepada telinga mereka yang diatas pagar dan penyokong kuat UMNO, bahawa kali ini, angin perubahan ini tidak dapat dielakkan. Kita seru mereka untuk turut menjayakan perubahan kali ini dengan memberikan undi mereka kepada PAS.
Hubungi adik beradik, sepupu sepapat, jiran tetangga, rakan kenalan dan sama-sama mengajak mereka untuk melakukan perubahan.
Kita mampu melakukannya.
Undilah Mohd Anuar Tahir - N06 Bintong
Mat Bintong
Posted by Anak Pandan at 7:14 AM 0 comments
PEMBATALAN DAKWAT KUKU
Pembatalan dakwat kuku untuk jamin mandat selesa kepada PM
http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task=view&id=12960&Itemid=28
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau yang sepatutnya sepenggal sahaja, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh Barisan Nasional (BN) mengundi berikali-kali untuk memastikan kemenangan parti itu.
Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali, katanya lagi.
Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan jangkaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah.
Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan bahawa SPR memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.
"Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu mengelakkan pengundian berkali-kali oleh seseorang pengundi yang ditaja oleh pihak yang mempunyai kuasa. Pembangkang tidak ada kuasa.
"Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan "hantu- hantu" tajaan Perdana Menteri dan BN, yang dibekalkan dengan kad-kad pengenalan yang dikeluarkan secara besar-besaran, mengundi berkali-kali, " katanya ketika dihubungi.
Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada dalam keadaan yang sangat terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah pemerintahan Abdullah.
"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kuku itu?
"Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana menteri telah mengarahkan supaya disediakan kad-kad pengenalan palsu untuk membolehkan pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas ini?" beliau mempersoalkan.
Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli SPR yang lain supaya campur tangan untuk menyelamatkan rakyat dari terus dihina dengan pembohongan- pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.
"Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu kata ia hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula. Mula-mula kata mesti matikan setem pada borang pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula. Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan mereka.
"Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan," katanya.
Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang penghinaan SPR ke atas mereka.
Posted by Anak Pandan at 7:09 AM 0 comments