CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, February 28, 2008

Cukupkah kucar kacir dalam UMNO memenangkan PAS?

Assalamualaikum

Kita seringkali merasakan kali ini (PRU 12) adalah masa terbaik untuk menukar kerajaan. Baik dari Selatan terus ke Utara, dari Timur langsung ke Barat.

Alasannya ialah kerana betapa kucar kacir dan tidak bersatu hatinya pendokong umno dan barisan nasional. Ditambah pula oleh krisis kualiti dan mutu pimpinan barisan nasional termasuk umno yang semakin terhakis.
Kemelut ini ditambah pula dengan nasib rakyat yang semakin tidak terbela - ingatkan petrol saja naik, rupanya tol juga naik... ingatkan itu sahaja, tetiba tepung, gula, tambang pengangkutan awam, harga makanan, bil-bil harian dan sebagainya turut melambung.
Krisis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman turut menambah lagi keyakinan bahawa seolah-olah sudah ada cahaya dihujung terowong.
Skandal-skandal yang tiba-tiba meletup seperti gunung-gunung berapi di lingkaran pasifik yang lain tambah meningkatkan kebencian rakyat kepada pemerintah yang semakin sangap ini.

Namun... kita perlu mengambil kira teori perang dingin dahulu - ramai yang percaya seandainya Russia yang komunis itu dapat ditumbangkan dan kesatuan soviet itu dapat dicerai beraikan maka Islam akan naik dengan lebih pantas bagi mengisi vakum yang wujud - namun ianya tidak terjadi sedemikian - malah yang naik mendadak ialah negara-negara pasca komunis yang hanya meletakkan sebagai "make-up" konsep demokrasi dan republik, malahan penindasan terhadap golongan Islamis masih berterusan malah digiatkan lagi pula.

Kemenangan kita adalah kerana pertamanya, sudah pasti ianya direstui oleh ALLah Azza Wajjala yang memberikan kita peluang untuk mentadbir dan keduanya atas hasil usaha keras setiap lapisan jentera parti, baik dari ulamak, muslimah, nisa' dan pemuda. Usaha keras yang disertai dengan gerakerja dan strategi terancang termasuk PR yang lebih baik, approach yang lebih alami, serta penyataan komitmen yang tinggi terhadap idealisme perjuangan - walk the talk membolehkan golongan rakyat memahami hasrat dan aspirasi yang diperjuangkan.

Kawan-kawanku, takdenya menang mudah dengan umno bergaduh sesama mereka, kerana akhirnya nanti, bagaimanapun, mereka akan tetap gak pangkah dacing tu... Kita masih kena kerja kuat dan kuat.

MAT BINTONG
Terjah dan kejutkan sang atas pagar yang masih terlena

0 comments: