CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, February 26, 2008

NAJIB SANGKAL MINYAK NAIK SELEPAS PILIHANRAYA

Najib sangkal minyak naik selepas pilihan raya
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac. “Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik,” katanya semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas. Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema “Selamat, Aman dan Makmur” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.
Berucap pada majlis pelancaran itu, Abdullah, yang juga Menteri Kewangan berkata, pada tahun 2007, kerajaan membayar RM43.4 bilion bagi subsidi, dengan RM35 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi subsidi minyak.
Mengulas mengenai manifesto BN, Najib berkata, ia adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun lalu untuk diteliti dan dinilai oleh rakyat. “Saya percaya dokumen ini satu yang boleh dipegang sebagai asas kejayaan kita selama ini, pengukuran kejayaan kita dan landasan hala tuju kita yang akan datang,” katanya. Beliau berkata, ini kerana manifesto itu tidak berbentuk retorik politik tetapi mempunyai pengisian yang substantif. Najib berkata, kandungan manifesto yang spefisifik itu memudahkan rakyat untuk melihat secara terperinci perkara yang telah dilakukan kerajaan BN untuk kemajuan negara.
“Rakyat juga dapat melihat ke arah mana kerajaan BN akan membawa mereka,” katanya. Manifesto itu menggariskan 76 perkara utama yang telah dilakukan kerajaan sepanjang empat tahun lalu selepas diberikan mandat besar oleh rakyat dalam pilihan raya umum lepas. Ini juga kali pertama kerajaan membentangkan kad laporan kemajuan kerajaan kepada rakyat. -
BERNAMA
MAT Bintong
260208

0 comments: