CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, February 26, 2008

TUJUH KALI JUMPA PM, rakyat mesti tolak Shahidan


Tujuh kali jumpa PM, rakyat mesti tolak Shahidan!
Azamin Amin Mon Feb 25, 08 1:10:51 pm MYT

ARAU, 25 Feb (Hrkh)- Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din yang bertanding di Parlimen Arau (P003) menyarankan agar seluruh rakyat Perlis menunjukkan 'kuasa' mereka dengan menghukum Dato' Seri Shahidan Kassim yang telah gagal menjadi Menteri Besar kerana bersikap 'angkuh' dan tidak berjaya membangunkan negeri dan rakyat dari sudut jasmani dan rohani.

Ini termasuk tidak berjaya menyelesaikan masalah yang menghimpit hidup rakyat di sini dari segi kos sara hidup, persoalan isu-isu tanah yang berlanjutan dan masalah gejala sosial yang membarah di kalangan remaja seperti dadah dan sebagainya.

Malah rakyat Perlis juga perlu membuktikan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa mereka boleh menolak calon yang tidak berwibawa berbanding beliau sendiri yang dilihat teragak-agak untuk 'membuang' Shahidan.

"Abdullah sendiri gagal tolak Shahidan dari senarai calon kerana konflik dalaman Umno. Jadi kita mesti buktikan kalau dia tak boleh, rakyat boleh tolak Shahidan dalam pilihan raya 8 Mac ini," katanya ketika berucap dalam ceramah di Dun yang ditandingi PAS, Che Nordin Ahmad di Tambun Tulang (N12) yang mencabar Shahidan Kassim. "Bagilah undi pada Che Nordin. Dan jangan lupa saya juga," katanya secara berseloroh.

Beliau dalam pada itu menggesa supaya rakyat Perlis khususnya penduduk di kawasan Dun tersebut supaya memberi peluang kepada kepimpinan ulama untuk memerintah Perlis demi menjamin kesejahteraan negeri dan rakyat dunia dan akhirat.

Dr Haron juga turut membidas Shahidan secara sinis tentang perwatakan dan sikapnya yang tidak tahu malu sehingga bertemu Abdullah sebanyak tujuh kali, malah katanya ada akhbar yang melaporkan sampai sembilan kali kerana kemungkinan gagal disenaraikan sebagai calon.
"Kita bertemu Allah pun lima kali sehari, dia pi sampai jumpa PM tujuh kali. Nabi pun pesan kalau kita bagi salam dekat tuan rumah tiga kali tak berjawab, baliklah...jangan tunggu lagi. Itu adab Islam. "Kalau saya orang dah tak mau jumpa dan tak nak lagi...saya takdalah nak merayu, malu," katanya yang disambut gelak ketawa para hadirin

Sementera itu, ceramah tersebut turut tidak terlepas daripada pantauan beberapa anggota polis yang difahamkan telah dikerahkan untuk meronda seluruh ceramah kelompok yang dianjurkan oleh PAS di Perlis ini.
MAT Bintong
260208

0 comments: