CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, February 27, 2008

PERGOLAKAN UMNO PERLIS BUKTI PEMIMPIN "GILA KUASA"


KANGAR, 24 Feb (Hrkh) - Pergolakan 'retak menanti belah' Umno Perlis membuktikan pemimpinnya lebih mementingkan dan 'gilakan' tampuk kuasa berbanding membela nasib dan menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini.


Malah 'sengketa' perebutan kuasa Umno Perlis sudah berlaku terlalu lama sebelum kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim dan terkini merupakan kemuncak segalanya sehingga mendedahkan sikap buruk pemimpin Umno kepada pengetahuan umum.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir berkata perebutan kuasa itu berlaku kerana masing-masing cuba membina empayar pengaruh dan kuasa di dalam negeri yang kecil ini.
Akibatnya, wujud tiga puak yang bersengketa 'didalangi' antaranya oleh Shahidan, Dato' Seri Azmi Khalid dan Dato' Radzi Sheikh Ahmad.
"Inilah wadah Umno, yang sibuk 'gilakan kuasa' berbanding membantu bersama-sama membangunkan Perlis dan membela rakyat negeri ini.
"Lebih menakjubkan, mereka bukan sahaja abaikan rakyat tetapi mengenepikan kepentingan parti mereka sendiri," katanya ketika ditemui Harakah di pekarangan Pejabat Perhubungan PAS Perlis semalam.
Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan negeri, Bashir Ishak
Dalam pada itu kata Anuar, mereka ini sanggup melakukan apa jua kaedah seperti menggunakan samseng, rasuah dan segala salah laku demi untuk mencapai matlamat mereka mendapatkan kuasa.
"Segala kepincangan yang berlaku bakal dijadikan sandaran oleh rakyat untuk memilih parti yang boleh membawa masa depan rakyat dan negeri Perlis dengan lebih terjamin.
"Justeru segala lakonan yang dipertontonkan oleh Umno ini sepatutnya dijadikan iktibar untuk menyingkirkan mereka pada pilihan raya umum 8 Mac ini," katanya yang menjadi calon PAS untuk DUN Bintong Perlis.
Semalam dilaporkan jentera pilihan raya Umno kawasan Parlimen Arau,Perlis lumpuh sama sekali berikutan perletakan jawatan beramai-ramai pimpinannya diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Senator Dato' Ismail Kassim.Ia dikatakan makin merebak ke kawasan parlimen Kangar dan Padang Besar.
Suasana politik Perlis baru-baru sebelum ini dihangatkan oleh kontroversi bila Radzi membuat kenyataan terbuka mempersoalkan kepimpinan Shahidan malah beliau berkata Azmi layak menjadi Menteri Besar Perlis yang baru.
MAT Bintong
260208

0 comments: